WildWood Skin Salve digunakan sebagai rutin penjagaan kulit
WildWood Skin Salve 30g

Crafted in Malaysia · NPRA notified

Dari alam.
Dibuat untuk
yang kita lindungi.

Kenali WildWood Skin Salve

STEROID FREE

MONSON

Bermula daripada
satu keperluan peribadi.

MONSON bermula daripada usaha dua orang bapa yang mencari pilihan penjagaan yang lebih baik untuk orang tersayang. Dengan pengalaman dalam R&D, pembangunan produk, penjenamaan dan strategi komersial, kami menggabungkan kepakaran profesional bersama keperluan yang sangat peribadi bagi menghasilkan penjagaan yang lebih ringkas, efektif dan berasaskan bahan semula jadi.

Pada awalnya, formulasi ini dibangunkan untuk keluarga sendiri. Dari situ, ia mula mendapat perhatian daripada mereka yang berdepan keperluan serupa. Di situlah MONSON bermula dan kini dikongsi untuk semua.

Pengasas MONSON dalam ekspedisi hutan
DuoBlast Foundry, MONSUN dan Monson
WildWood Skin Salve dalam set visual moden MONSON
STEROID FREE

Produk pertama kami

WildWood
Skin Salve

Penjagaan luaran ringkas untuk kulit sensitif dan terjejas. Menyokong permukaan kulit dengan sapuan salve nipis dan mengekalkan kelembapan lebih lama.

  • Dinotifikasi dengan NPRA / KKM
  • Tanpa steroid dan pewangi
  • 100% semula jadi
RM56.90
Info lanjut
WildWood Skin Salve dalam visual hitam putih MONSONSTEROID FREE

PRINSIP KAMI

01

Clarity over noise

Kami berkongsi apa yang perlu diketahui, tanpa janji manis atau dakwaan berlebihan.

02

Care over cliché

Setiap formula bermula daripada pengalaman sebenar dan rutin yang menjadi amalan.

03

Made with purpose

Dihasilkan secara artisanal dengan disiplin dan dedikasi terhadap bahan semula jadi.

WARISAN BOTANI TROPIKA

Akar Beluru / Sintok / Entada, dibawa ke dalam formulasi moden.

MONSON meneroka penggunaan warisan Akar Beluru atau Sintok bersama bahan terpilih dari seluruh dunia. Dirumus untuk rutin penjagaan dalam cuaca tropika.

Emblem MONSON
Akar Beluru berlatarbelakangkan warna hijau gelap

Akar Beluru.
Daripada warisan ke formulasi hari ini.

Akar Beluru, juga dikenali sebagai Sintok, mempunyai sejarah panjang dalam amalan tradisional di rantau ini. Secara tradisional, ia digunakan dalam amalan kebersihan kulit dan rambut serta perubatan alternatif.

Di MONSON, kami memilih Akar Beluru bukan sekadar kerana warisannya, tetapi kerana pendekatan penjagaan yang diwakilinya. Kami percaya amalan ini boleh memberi manfaat melalui formulasi yang berfungsi dan dekat dengan alam. Formulasi kontemporari ini dipadukan dengan bahan semula jadi terpilih untuk rutin penjagaan kulit masa kini.