FORMULATED TO CALM THE UNFORGIVING · CRAFTED IN MALAYSIA
MONSON
WildWood Skin Salve oleh MONSON

STEROID FREE

WILDWOOD SKIN SALVE · 30G

Menyokong kulit sensitif secara semula jadi.

Penjagaan luaran ringkas untuk kulit sensitif yang mengganggu rutin anda. 100% semula jadi & tanpa steroid, hasil gabungan formulasi bahan botani & terpilih. Membantu melindungi permukaan kulit, menyokong & mengekalkan kelembapan lebih lama. WildWood Skin-Salve dirumus secara artisanal untuk kekal efektif & berkualiti.

NPRA / KKM
DINOTIFIKASI
NET WT.
30G
MADE IN
MALAYSIA
Harga bermulaRM56.90
Lihat pakej

Notification No. NOT260604591K

“Selama 12 tahun, anak-anak saya bergelut dengan kulit sensitif. Pengalaman itu mendorong saya menghasilkan Skin Salve untuk mereka. Kisah ini mendapat perhatian dan permintaan di Threads. Masih ramai yang berdepan pengalaman serupa, maka saya mencipta MONSON untuk manfaat semua.”
Azam Halim, pengasas MONSON

Azam Halim, CiDe
Innovation Management & Product Developer · @azam.monson

01

Menyokong permukaan kulit

Lapisan salve yang nipis membantu melindungi permukaan kulit dan mengekalkan kelembapan.

02

Mengekalkan kelembapan

Membantu mengurangkan kehilangan lembapan dan mengekalkan kulit terasa lembap lebih lama.

03

Kulit lebih tenang

Diformulasi sebagai rutin penjagaan luaran ringkas yang efisien dan efektif.

04

Mudah rata

Tekstur salve yang lebih kaya; sedikit sapuan nipis sudah memadai untuk penjagaan kulit harian.

CABARAN RUTIN HARIAN

Dah cuba macam-macam, tapi masih tak serasi?

Mencari penjagaan yang sesuai memang memenatkan. Cuaca panas, peluh dan rutin harian juga boleh membuatkan kulit terjejas dan tidak selesa.

“Bertukar daripada satu produk ke produk yang lain bukan jawapannya. Kulit sensitif memerlukan rutin yang ringkas dan konsisten.”
SETIAP HARI

Kulit mengganggu rutin

Cuaca panas, peluh dan aktiviti harian boleh membuatkan kulit terasa semakin tidak selesa.

SETIAP MALAM

Waktu rehat terganggu

Rasa tidak selesa, menggaru dan tangisan mula menjejaskan tidur.

SETIAP KALI MENCUBA

Keyakinan mula terhakis

Apabila hasil tidak seperti yang diharapkan, persoalan yang sama kembali.

SETIAP RUTIN BERUBAH

Kehidupan perlu disesuaikan

Aktiviti, pakaian dan rutin harian diubah mengikut keadaan kulit.

MEMAHAMI KULIT

Kulit yang sihat terbina seperti lapisan hutan.

Apabila ‘skin barrier’ terjejas, kelembapan lebih mudah hilang dan kulit terdedah kepada gangguan dari luar. WildWood Skin Salve membantu permukaan kulit melalui lapisan nipis salve. Ia bukan pemulihan segera, tetapi sebahagian daripada rutin yang konsisten.

Ilustrasi perbandingan kulit normal dan skin barrier yang terjejas

Penerangan dan ilustrasi dipermudahkan untuk pemahaman umum dan tidak menggambarkan struktur kulit secara saintifik sepenuhnya.

WARISAN BOTANI

Akar Beluru, dirumus khas untuk cuaca tropika.

MONSON menggabungkan Akar Beluru, yang dikenali sebagai Sintok atau Entada, bersama bahan terpilih lain untuk menghasilkan formula penjagaan kulit yang sesuai untuk cuaca tropika.

  • Akar Beluru / Sintok
  • Blue Chamomile dan Colloidal Oat
  • Jojoba Oil, Beeswax dan Shea Butter
  • Sunflower Seed Oil
Bahan terpilih dalam WildWood Skin Salve

Gabungan botani, wax dan minyak terpilih menghasilkan tekstur salve yang kaya dan mudah diratakan.

PENGALAMAN PENGGUNA

Pengalaman sebenar. Setiap kulit berbeza.

Gambar dikongsi dengan izin pengguna serta berdasarkan rutin, tempoh penggunaan dan keadaan kulit masing-masing.

Pengalaman pengguna 1Pengalaman pengguna 2Pengalaman pengguna 3Pengalaman pengguna 4Pengalaman pengguna 5Pengalaman pengguna 6

Hasil penggunaan berbeza mengikut individu. Testimoni merupakan pengalaman peribadi pengguna dan bukan jaminan hasil yang sama.

Sapuan nipis WildWood Skin Salve pada kulit

RUTIN HARIAN ANDA

Cara penggunaan.

Sedikit sahaja. Sapu nipis dan ratakan.

  1. 01

    Bersih & kering

    Pastikan kulit dan jari bersih serta kering.

  2. 02

    Ambil sedikit

    Ambil sedikit salve menggunakan hujung jari.

  3. 03

    Sapu nipis

    Sapu nipis dan ratakan pada bahagian yang diperlukan.

  4. 04

    Rutin harian

    Gunakan selepas mandi, sebelum tidur, atau bila diperlukan.

STEROID FREE

Pengasas MONSON dalam ekspedisi Akar Beluru

KISAH MONSON

Bermula daripada satu keperluan peribadi.

MONSON bermula daripada usaha dua orang bapa yang mencari penjagaan yang lebih baik untuk orang tersayang. Dengan pengalaman dalam R&D, pembangunan produk, penjenamaan dan pengkomersialan, kami menggabungkan kepakaran profesional dengan keperluan yang sangat peribadi untuk menghasilkan penjagaan yang lebih ringkas dan berfungsi.

“Rooted in fatherhood, made for those we protect.”

STEROID FREE

PILIH PAKEJ ANDA

Lebih mudah.
Kekal konsisten.

Pembayaran dibuat melalui checkout CHIP. Anggaran penghantaran ialah 3 hari bekerja selepas bayaran disahkan. Penghantaran percuma seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Satu unit WildWood Skin Salve

Solo Strike

1 unit · 30g

RM59.90RM56.90Jimat RM3.00

Penghantaran percuma seluruh Malaysia · Jumlah: RM56.90

Bayar RM56.90
Dua unit WildWood Skin Salve

Double Down

2 unit · 30g setiap satu

RM119.80RM104.80Jimat RM15.00

Penghantaran percuma seluruh Malaysia · Jumlah: RM104.80

Bayar RM104.80
CHIPFPXDuitNow QRNPRA/KKM NOTIFIED

SOALAN LAZIM

Sebelum anda mencuba.

Maklumat ini ialah panduan umum penggunaan produk kosmetik dan bukan pengganti nasihat profesional kesihatan.

Siapakah yang sesuai menggunakan WildWood?

WildWood diformulasikan untuk penjagaan luaran kulit sensitif, kering, kasar dan mudah mengalami ketidakselesaan.

Tidak disarankan untuk kanak-kanak berumur bawah 2 tahun. Hentikan penggunaan sekiranya berlaku kemerahan atau iritasi pada kulit dan dapatkan nasihat doktor.

Jangan gunakan pada luka terbuka, kulit yang berair, bernanah atau kawasan yang menunjukkan tanda-tanda jangkitan.

Bagaimanakah cara menggunakannya?

Pastikan kulit dan jari bersih serta kering. Ambil sedikit salve, sapu dan ratakan dalam lapisan nipis. Gunakan selepas mandi dan sebelum tidur, atau mengikut keperluan.

Berapa banyak perlu digunakan?

Mulakan dengan kuantiti yang sangat sedikit, sekadar cukup untuk menghasilkan lapisan nipis. Tambah sedikit demi sedikit untuk kawasan yang lebih luas.

Berapa lama sebelum merasakan perubahan?

Kesan kelembapan dan rasa lebih selesa mungkin dirasakan selepas sapuan, tetapi perubahan berbeza mengikut individu, keadaan kulit, cuaca dan konsistensi penggunaan.

Bolehkah digunakan pada muka atau oleh kanak-kanak?

Untuk penggunaan pada muka, sapukan lapisan yang sangat nipis dan elakkan kawasan mata, mulut serta kulit yang mudah berjerawat. Lakukan ujian tampalan sebelum penggunaan pertama.

WildWood tidak disarankan untuk kanak-kanak berumur bawah 2 tahun. Bagi kanak-kanak yang lebih berusia, dapatkan nasihat profesional kesihatan sebelum penggunaan, terutamanya pada kulit sensitif atau mengalami iritasi.

Hentikan penggunaan sekiranya berlaku kemerahan atau iritasi.

Bolehkah digunakan pada bayi berumur tiga bulan?

Tidak. WildWood Skin Salve tidak disarankan untuk bayi dan kanak-kanak berumur bawah 2 tahun kerana formulasi ini belum dinilai secara khusus untuk kumpulan umur tersebut.

Bagi bayi yang mengalami masalah kulit kering, sensitif atau iritasi, sila dapatkan nasihat doktor kanak-kanak untuk penjagaan kulit yang bersesuaian.

Boleh digunakan oleh ibu mengandung?

MONSON tidak membuat dakwaan khusus bahawa produk ini telah diuji untuk penggunaan semasa kehamilan. Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu.

Bagaimana pembayaran dan penghantaran dilakukan?

Pembayaran dibuat melalui CHIP menggunakan pilihan seperti FPX dan DuitNow QR. Anggaran penghantaran ialah 3 hari bekerja selepas bayaran disahkan. Nombor penjejakan akan dihantar selepas bungkusan disediakan.

Bagaimana pemulangan atau refund dibuat?

Laporkan barang salah, rosak atau bocor dalam masa 7 hari selepas diterima melalui info@monson.my atau +60 13-724 9500 dengan nombor pesanan serta gambar atau video. MONSON menanggung kos pemulangan bagi kes yang disahkan salah atau rosak. Refund diproses dalam 7–14 hari bekerja. Produk yang telah dibuka tidak boleh dipulangkan atas alasan pertukaran fikiran, tanpa menjejaskan hak pengguna di bawah undang-undang.

Boleh digunakan bersama produk atau ubat sapuan lain?

WildWood bukan pengganti ubat. Jangan campurkan terus dengan ubat sapuan. Ikut arahan doktor atau ahli farmasi tentang urutan dan jarak penggunaan.

Bagaimanakah cara penyimpanan?

Simpan bertutup rapat di tempat sejuk dan kering, jauh daripada cahaya matahari dan haba. Gunakan jari atau spatula yang bersih dan rujuk tarikh luput pada pembungkusan.

Apa perlu dibuat jika produk tidak sesuai?

Hentikan penggunaan sekiranya berlaku rasa pedih, kemerahan, ruam atau tindak balas yang tidak dijangka. Dapatkan nasihat profesional jika tindak balas berterusan atau menjadi semakin teruk.