Dari alam, dibuat untuk yang kita lindungi.Rooted in nature. Made for the ones we love.

Buatan Malaysia · NPRA/KKM notified (NOT260604591K)

Bermula daripada satu keperluan peribadi.

MONSON bermula daripada usaha dua orang bapa yang mencari pilihan penjagaan yang lebih baik untuk orang tersayang. Dengan pengalaman dalam R&D, pembangunan produk, penjenamaan dan strategi komersial, kami menggabungkan kepakaran profesional bersama keperluan yang sangat peribadi bagi menghasilkan penjagaan yang lebih ringkas, efektif dan berasaskan bahan semula jadi.

Pada awalnya, formulasi ini dibangunkan untuk keluarga sendiri. Dari situ, ia mula mendapat perhatian daripada mereka yang berdepan keperluan serupa. Di situlah MONSON bermula dan kini dikongsi untuk semua.

WildWood Skin Salve — Steroid Free

The Monson Perspective

WildWood Skin Salve

Penjagaan luaran ringkas untuk kulit sensitif dan terjejas. Menyokong permukaan kulit dengan sapuan salve nipis dan mengekalkan kelembapan lebih lama.

  • Dinotifikasi dengan NPRA / KKM
  • Menyokong fungsi perlindungan kulit
  • Untuk kulit sensitif, kering dan kemerahan
  • Tanpa steroid dan pewangi
  • 100% semula jadi

RM56.90 · Percuma penghantaran ke seluruh Malaysia

Panduan Umur: Tidak disarankan untuk kanak-kanak berumur bawah 2 tahun.

Clarity over noise

Kami berkongsi apa yang perlu diketahui, tanpa janji manis atau dakwaan berlebihan.

Care over cliché

Setiap formula bermula daripada pengalaman sebenar dan rutin yang dijadikan amalan.

Made with purpose

Dihasilkan secara artisanal dengan disiplin dan dedikasi terhadap bahan semula jadi.

Akar Beluru / Sintok / Entada, dibawa ke dalam formulasi moden.

MONSON meneroka penggunaan warisan Akar Beluru atau Sintok bersama bahan terpilih dari seluruh dunia. Dirumus untuk rutin penjagaan dalam cuaca tropika.

Akar Beluru daripada warisan ke formulasi hari ini.

Akar Beluru, juga dikenali sebagai Sintok, mempunyai sejarah panjang dalam amalan tradisional di rantau ini. Secara tradisional, ia digunakan dalam amalan kebersihan kulit dan rambut serta perubatan alternatif.

Di MONSON, kami memilih Akar Beluru bukan sekadar kerana warisannya, tetapi kerana pendekatan penjagaan yang diwakilinya. Kami percaya amalan ini boleh memberi manfaat melalui formulasi yang berfungsi dan dekat dengan alam. Formulasi kontemporari ini dipadukan dengan bahan semula jadi terpilih untuk rutin penjagaan kulit masa kini.